Wanita ditikam,dibakar gara-gara tolak lamaran

Nidheesh menikam dan membakar teman wanitanya gara-gara menolak lamaran perkahwinan.
Nidheesh menikam dan membakar teman wanitanya gara-gara menolak lamaran perkahwinan.
A
A
A

THRISSUR - INDIA. Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila dia ditikam lalu dibakar gara-gara menolak lamaran seorang lelaki.

Laporan Indiatimes.com menyebut, dalam kejadian yang berlaku di daerah Chiyyaram pada Khamis lalu, seorang pelajar kolej berusia 22 tahun bernama Neethu yang menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda dikenali sebagai Nidheesh, maut ditikam lelaki berkenaan.

Pasangan kekasih terbabit telah bersama selama dua tahun, namun Neethu dikatakan menolak lamaran perkahwinan daripada lelaki berusia 32 tahun itu.

Nidheesh yang berang dengan keputusan Neethu bertindak menikamnya beberapa kali sebelum membakar teman wanitanya itu.

Mangsa yang terbakar seluruh badan gagal diselamatkan sementara Nidheesh berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri.- Agensi

Artikel Berkaitan: