Setia seekor anjing kepada tuannya

Seekor anjing berbaring di sisi mayat tuannya yang dilanggar kereta api.- Foto CEN/@yari_Trevino
Seekor anjing berbaring di sisi mayat tuannya yang dilanggar kereta api.- Foto CEN/@yari_Trevino
A
A
A

NUEVO LEON - MEXICO.Perasaan kasih sayang tidak hanya terhad kepada manusia malah haiwan juga mempunyai rasa kasih.

Ini terbukti apabila seekor anjing dirakam berbaring di sisi mayat tuannya yang dilanggar kereta api.

Mangsa berusia 57 tahun dikenali sebagai Reyna Vazquez, dilaporkan mabuk berhampiran landasan kereta api Montemorelos di timur laut Nuevo Leon, Mexico sebelum dilanggar kereta api dan maut di tempat kejadian.

Pasukan kecemasan menemukan anjing tersebut berhampiran mayat Vazquez dan haiwan berkenaan terpaksa dibawa pergi secara paksa bagi membolehkan mayat mangsa dialihkan.

Anjing tersebut juga dikatakan cuba menggigit anggota pasukan kecemasan yang cuba membawanya pergi.

Menurut penduduk setempat, pemilik anjing terbabit merupakan seorang kaki botol dan haiwan itu setia menemani tuannya sejak beberapa tahun yang lalu.

Kini tidak dapat dipastikan nasib anjing berkenaan sama ada ia diletakkan di pusat perlindungan atau dijaga pihak lain. - Agensi

Artikel Berkaitan: