Banjir korbankan 24 nyawa di Nigeria

Sejak Mei, pihak berkuasa Nigeria telah mengeluarkan amaran banjir buruk kepada 32 daripada 36 negeri dan wilayah di negara itu. Foto: AFP.
Sejak Mei, pihak berkuasa Nigeria telah mengeluarkan amaran banjir buruk kepada 32 daripada 36 negeri dan wilayah di negara itu. Foto: AFP.
A
A
A

LAGOS - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 18,000 hilang tempat tinggal akibat banjir di Katsina utara Nigeria, kata seorang pegawai agensi bantuan pada Jumaat.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana negeri Umar Muhammad berkata, kira-kira 16,625 rumah musnah akibat banjir yang melanda sejak Mei manakala 34 kawasan turut terjejas, lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat media di bandar Katsina.

Ladang seluas 6.6 kilometer persegi turut ditenggelami banjir.

Kerajaan negeri dilaporkan akan menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas secepat mungkin.

Sejak Mei, pihak berkuasa Nigeria telah mengeluarkan amaran banjir buruk kepada 32 daripada 36 negeri dan wilayah di negara itu. - Bernama.

Artikel Berkaitan: