RM1.7 juta produk kosmetik berbahaya dirampas di Terengganu

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh (tiga, kanan) melihat ubat-ubatan yang dirampas oleh Skuad Gerak Gempur Farmasi pada Majlis Perasmian Program Gerak Gempur Cakna Ubat dan Jelajah Skuad Cakna Ubat Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong Jertih hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

JERTIH- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merampas produk kosmetik dan kesihatan berbahaya bernilai RM1.7 juta sejak tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, ianya hasil serbuan ke atas 76 premis termasuk rumah kediaman (menjual secara atas talian), kedai runcit dan pasar malam.

Tahun lalu, 104 pertuduhan disabitkanh terhadap Orang Kena Saman (OKS) dengan jumlah denda RM283,510 dan setakat tahun ini, 31 pertuduhan disabitkan dengan jumlah denda RM34,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat dan Jelajah Skuad Cakna Ubat Daerah Besut Tahun 2019, di sini hari ini.

Katanya, lambakan produk yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan adalah disebabkan permintaan dalam kalangan pengguna yang tidak peka dengan risiko kesihatan selain iklan yang mengelirukan orang awam termasuk di media sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: