Facebook tidak jujur

Ciri 'live-streaming' didakwa boleh mendatangkan bahaya besar.
Ciri 'live-streaming' didakwa boleh mendatangkan bahaya besar.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Pengawal selia peribadi New Zealand hari ini mendakwa Facebook gagal bekerjasama menangani ciri live-streaming susulan insiden serangan ganas ke atas dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.

Pesuruhjaya Privasi, John Edwards berkata, pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg 'tidak jujur' tentang sistemnya.

"Mereka sebenarnya tidak ada sebarang sistem untuk mengesan perkara berkaitan tragedi di Christchurch," katanya kepada Radio New Zealand sambil menambah kelewatan pada live-streaming akan menjadi langkah sementara yang baik.

Jelasnya, ia adalah teknologi yang boleh mendatangkan bahaya besar.

"Zuckerberg sebenarnya tidak dapat memberitahu atau enggan memaklumkan berapa jumlah kejadian bunuh diri, pembunuhan dan serangan seksual yang disiarkan di bawah ciri live-streaming.

"Saya telah bertanya sendiri kepada Facebook pada minggu lalu, namun mereka tidak mempunyai rekod itu atau sengaja menyembunyikan daripada kami. Ia adalah masalah global. Kejadian yang berlaku di Christchurch boleh berlaku di tempat lain," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Facebook telah menyekat kandungan yang menggemparkan tentang pembunuhan beramai-ramai di Myanmar selain menghalang perkhidmatan itu dimanipulasi Rusia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Ia juga mengumumkan akan mengambil langkah tegas mengenakan sekatan terhadap individu yang melanggar standard komuniti ketika menggunakan ciri live-streaming.

Artikel Berkaitan:

Minggu lalu, Australia meluluskan undang-undang kontroversi yang akan menyaksikan eksekutif media sosial daripada firma seperti Facebook atau YouTube bakal berdepan hukuman penjara jika mereka gagal memadamkan kandungan memaparkan keganasan atau ekstremisme dengan segera. - AFP