Bajet 2023: Peruntukan RM10 juta baucar perjalanan OKU

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi pemberian baucar perjalanan kepada orang kurang upaya (OKU) melalui perkhidmatan e-hailing.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian inisiatif itu sebagai usaha memperbanyakkan perkhidmatan pintu ke pintu bagi memudahkan pergerakan komuniti OKU.

"Semasa #TeamMOF bersama-sama komuniti OKU, terdapat cadangan untuk memperbanyak perkhidmatan pintu ke pintu bagi memudahkan pergerakan komuniti OKU.

"Maka sebagai usahamerealisasikan hasrat ini, RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan: