Bajet 2023: RM1 bilion untuk basmi kemiskinan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memperuntukan sebanyak RM1 bilion bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMKTM) sebagai usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu membabitkan RM750 juta daripada kerajaan dan RM250 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia telah dimulakan pada tahun ini dengan peruntukan hanya RM150 juta.

"Untuk tahun 2023, bagi menyegerakan agenda membasmi kemiskinan tegar, RM1 bilion disediakan iaitu RM750 juta peruntukan kerajaan di samping program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh GLC bernilai RM250 juta ringgit," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, program BMKTM juga akan menyediakan peluang ekonomi kepada lebih 50,000 isi rumah miskin tegar bagi meningkatkan pendapatan antaranya menerusi projek pertanian serta keusahawanan produk dan perkhidmatan.

"Bantuan yang diberikan termasuklah latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan.

"Diharapkan, usaha ini dapat meningkatkan pendapatan isi rumah miskin tegar sehingga melepasi pendapatan garis kemiskinan makanan," katanya.

Artikel Berkaitan: