Alumni UiTM kunjung hormat Naib Canselor baharu

Barisan Exco Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan pertemuan rasmi dengan Naib Canselor UiTM di Canseleri pada 5 April lalu.
Barisan Exco Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan pertemuan rasmi dengan Naib Canselor UiTM di Canseleri pada 5 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Exco Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan pertemuan rasmi dengan Naib Canselor baharu universiti itu di Canseleri pada 5 April lalu.

Rombongan tersebut diketuai oleh Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan dan timbalannya, Saiful Azhar Shaharun serta Setiausaha PAUiTM, Shukri Ishak.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof Ir. Dr Mohd. Azraai Kassim melahirkan rasa gembira dengan kunjungan itu selain beliau diberi penerangan mengenai persatuan itu.

PAUiTM ialah persatuan payung kepada 45 buah persatuan alumni fakulti-fakulti dan cawangan UiTM seluruh negara yang kini mempunyai 800,000 alumni.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Bendahari PAUiTM, Marlia Abd. Majid, Setiausaha Kerja, Afiza Aziz serta barisan exco terdiri daripada Shamshul Ariffin, Shamsul Azlan, Tarmizi Abdul Rahman, Mohammad Hawari Madarshaib dan Norhafizatul Akma Shohor.

Artikel Berkaitan: