Bas terjunam, mangsa kongsi detik cemas

Lokendra (kanan) bersama rakannya ketika ditemui di Balai Trafik KLIA, hari ini selepas hadir untuk beri keterangan kepada pihak polis.
Lokendra (kanan) bersama rakannya ketika ditemui di Balai Trafik KLIA, hari ini selepas hadir untuk beri keterangan kepada pihak polis.
A
A
A

SEPANG - "Saya keluar melalui pintu kecemasan bas dan jerit minta tolong" kata mangsa Lokendra Bahadur Shahi, 27, warga Nepal yang terselamat dalam kejadian bas terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika bas dalam perjalanan menghantarnya bersama pekerja lain ke tempat kerja.

"Saya tak tidur, bas agak laju.

"Saya tidak berapa ingat, saya lihat rakan-rakan lain ada yang tercampak. Saya berada di tempat duduk belakang sebelum dapat keluar melalui pintu kecemasan," katanya kepada Sinar Harian di Balai Trafik KLIA, di sini, hari ini.

Lokendra turut mengalami cedera di kepala akibat terhantuk dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam tadi, seramai 12 individu termasuk empat wanita dan pemandu warga tempatan disahkan meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: