Pemuda UMNO Selangor sedia bantu Tok Mat

Rizam beramah mesra bersama penduduk di sebuah kedai makan di DUN Sungai Air Tawar di sini hari ini.
Rizam beramah mesra bersama penduduk di sebuah kedai makan di DUN Sungai Air Tawar di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pemuda UMNO Selangor bersedia membantu dalam usaha memastikan BN mempertahankan kerusi PRK DUN Rantau.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, setakat ini, pihaknya bergerak mengikut arahan UMNO negeri.

"Kita difahamkan jentera PRK DUN Rantau mempunyai jentera terbaik bagi mempertahankan kerusi DUN ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata, beliau yakin bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan amat disenangi rakyat di DUN berkenaan.

"Apabila saya turun ke DUN Rantau, kebanyakan rakyat memuji beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan mengambil berat permasalahan mereka tanpa mengira kaum, bangsa serta agama.

"Inilah kelebihan yang ada pada beliau dan amat merugikan jika pengundi tak memilih beliau yang banyak menabur bakti kepada rakyat DUN Rantau selama ini," katanya.

PRK DUN Rantau, 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Ianya diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Artikel Berkaitan: