'Selepas sehari tular, sampah dibersihkan'

Longgokan sampah di tempat pembuangan haram di sekitar jalan Kempadang-Bandar Putra Tanjung Lumpur yang telah tular di media sosial semalam. Gambar kanan: Kawasan tersebut telah pun dibersihkan oleh pihak konsensi SWCorp, Alam Flora Sdn Bhd dan pita amaran telah diletakkan supaya orang ramai tidak membuang sampah di kawasan tersebut.

A
A
A

KUANTAN- Penduduk di sekitar jalan Kempadang-Bandar Putra Tanjung Lumpur boleh menarik nafas lega apabila tiada lagi longgokan sampah di kawasan tersebut.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri Pahang, Sharudin Hamid berkata pihaknya mengambil tindakan segera setelah menerima laporan orang awam dari Facebook yang telah tular di media sosial tersebut.

Menurutnya, kawasan tersebut kini telah bersih dari longgokan sampah dan telah meletakkan pita amaran supaya orang tidak lagi membuang sampah di kawasan itu.

Sharudin (dua,kiri) turut turun padang bersama pihak MPK, dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Mohan Kumar ketika kawasan tersebut sedang dilakukan pembersihan di sini, hari ini
Sharudin (dua,kiri) turut turun padang bersama pihak MPK, dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Mohan Kumar ketika kawasan tersebut sedang dilakukan pembersihan di sini, hari ini

"Namun saya kecewa kerana saya difahamkan kawasan ini sudah banyak kali dibersihkan namun orang masih lagi membuang sampah di kawasan itu.

"Buat sementara waktu ini kita akan menempatkan penguat kuasa untuk memantau siapa yang membuang sampah di kawasan tersebut dan kita akan beri nasihat agar mereka tidak lagi membuang sampah di kawasan itu.

"Saya percaya sampah itu datangnya dari orang luar kerana sampah yang dibuang merupakan sisa penjualan makanan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sharudin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kempadang agar masalah sampah di kawasan tersebut tidak berulang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, perbincangan mengenai tindakan undang-undang akan diketengahkan bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan larangan.

"Kita juga mengharapkan kerjasama MPKK agar memantau kawasan ini sebab ini kampung mereka. Kita mahu mereka mengambil sedikit tanggungjawab dengan memantau dan melaporkan kepada pihak kita untuk tindakan,"katanya

Tambahnya, beliau berkata kerjasama ini bukan sahaja melibatkan kawasan sekitar jalan Kempadang-Bandar Putra Tanjung Lumpur namun pemantauan akan dilakukan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang membuang sampah haram.