MBSA tutup jalan sempena Le Tour De Langkawi 2019

Sebahagian jalan di Bandaraya Shah Alam akan ditutup bagi melancarkan program Le Tour De Langkawi 2019 peringkat ke 4 yang bermula dari Shah Alam hingga ke Genting Highlands (115.6km) pada 9 April ini. - Foto kecil: Shahrin
Sebahagian jalan di Bandaraya Shah Alam akan ditutup bagi melancarkan program Le Tour De Langkawi 2019 peringkat ke 4 yang bermula dari Shah Alam hingga ke Genting Highlands (115.6km) pada 9 April ini. - Foto kecil: Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebahagian jalan di Bandaraya Shah Alam akan ditutup bagi melancarkan program Le Tour De Langkawi 2019 peringkat ke 4 yang bermula dari Shah Alam hingga ke Genting Highlands (115.6km) pada 9 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata jalan yang terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Persiaran Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Lebuhraya Guthrie, Jalan Subang, Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman dan Jalan Bukit Cerakah.

"Kesemua jalan ini akan mula ditutup bermula jam 12.45 tengah hari sehingga 1.30 petang dan akan dibuka secara berperingkat sebaik sahaja peserta selesai melalui jalan tersebut," katanya.

Katanya, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak polis dan MBSA.

"Pengguna jalan raya khususnya diharap dapat memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi," katanya.

Menurutnya, pengguna juga diminta untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku akibat daripada penutupan jalan tersebut.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734," katanya.

Artikel Berkaitan: