Seni sashimi lelaki dari Jepun raih perhatian

Antara rekaan sashimi yang dihasilkan oleh Mikyou. - Foto Instagram Mikyoui00
Antara rekaan sashimi yang dihasilkan oleh Mikyou. - Foto Instagram Mikyoui00
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Kreativiti seorang lelaki dari Jepun menghasilkan pelbagai rekaan menarik dalam menyediakan hidangan sashimi menjadikannya sensasi internet dalam sekelip mata.

Bermula dengan hasrat mengajar anak lelakinya tentang cara mudah dan menarik menyediakan sashimi, sejenis sajian ikan atau daging mentah yang dimakan bersama kicap soya, lelaki bernama Mikyou itu berkata, tips untuk menghasilkan hidangan sashimi yang cantik adalah dengan menggunakan pelbagai jenis ikan dan bahan makanan yang boleh menambahkan warna dan seri dalam sajian.

Antara rekaan sashimi yang dihasilkan oleh Mikyou. - Foto Instagram Mikyoui00
Antara rekaan sashimi yang dihasilkan oleh Mikyou. - Foto Instagram Mikyoui00

"Saya mahu mengajar anak saya bagaimana menyediakan sashimi, akhirnya saya sendiri menjadi bertambah seronok," kata Mikyou sambil menambah dia menggunakan sepenuh imaginasi ketika berkarya.

Mempunyai 49,500 pengikut di laman Instagram, antara rekaan menarik yang pernah dihasilkan Mikyou termasuk watak puteri, ikan dan juga naga. - Agensi