Audit LTAT, Najib bidas Mat Sabu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa laporan audit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2018 adalah satu pembohongan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut melahirkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Mohamad yang meletakkan kesalahan berkaitan isu tersebut di bahu BN.

"Sudah dijangka. Nasib baik saya telah beberapa kali menjelaskan sebelum mereka memulakan fitnah terbaharu ini. Kenapa Mat Sabu (Mohamad) nak menyalahkan BN?

"Mat Sabu faham ke proses pengauditan atau apa yang dibentangkan dalam laporan audit itu?," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Selain itu, Najib juga menegaskan bahawa Laporan Audit 2018 dilakukan semasa berada di bawah pentadbiran kerajaan PH.

"Jika laporan audit itu bohong maka apakah tindakan yang diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan?," soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: BN, Pas terus main sentimen perkauman: Mat Sabu

Semalam, Mohamad merangkap Presiden Amanah mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas LTAT pada 2018 adalah satu pembohongan kerana tidak menunjukkan rekod kewangan secara telus.

“Audit yang diisytihar 2018 bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.

Artikel Berkaitan:

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” jelas Mohamad pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan, semalam.