'Kantoi' sorok rokok seludup dalam kereta

Rokok seludup bernilai RM2,500 yang cuba diedar di sekitar Rengit.
Rokok seludup bernilai RM2,500 yang cuba diedar di sekitar Rengit.
A
A
A

RENGIT - Cubaan menyeludup rokok oleh penduduk tempatan berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Ops Nyah 1, di Jalan Kampung Regit Laut, di sini, malam tadi.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Risik Batalion 5 mengesan sebuah kereta jenis Nissan Sunny yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 11.30 malam.

Menurutnya, anggotanya telah menahan kereta terbabit dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa.

"Pemeriksaan menjumpai 41 karton rokok seludup pelbagai jenis bernilai RM2,500 di dalam bonet belakang kereta.

"Pemandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga merupakan penduduk tempatan kemudian ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kereta suspek juga disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, siasatan awal dipercayai suspek ini berperanan sebagai pembekal rokok seludup di sekitar kawasan Rengit.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan:

Rokok seludup bernilai RM2,500 yang cuba diedar di sekitar Rengit.
Rokok seludup bernilai RM2,500 yang cuba diedar di sekitar Rengit.