Pelajar boleh ambil Bahasa Melayu sahaja untuk SPM

Teo Nie Ching ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini. -Foto Sinar Harian
Teo Nie Ching ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini. -Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan membenarkan mana-mana pelajar untuk mengambil mata hanya pelajaran Bahasa Melayu sahaja dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pelajar berkenaan walau bagaimanapun hanya akan menerima penyata keputusan, bukan sijil SPM.

“Pelajar boleh mengambil satu mata pelajaran dan menerima penyata keputusan. Kalau ambil enam mata pelajaran dan mendapat kredit Bahasa Melayu serta lulus Sejarah baharu mendapat sijil SPM, itu bezanya.

“Tapi diingatkan kalau mereka ambil satu mata pelajaran sahaja kena mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat menegaskan SPM bukanlah peperiksaan terbuka kerana pelajar kali pertama masih wajib mengambil enam mata pelajaran bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan itu.

Artikel Berkaitan: