Syafie Naswip, Aishah bakal nikah tahun ini

No Image Caption
A
A
A

SETELAH lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman akhirnya selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras, pada Ahad.

Menurut Syafie, 27, dia dan Aishah, 23, sepakat untuk tidak bertunang dalam tempoh yang lama, sebaliknya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga. “Kami sudah menetapkan untuk mendirikan rumah tangga tahun ini juga.

Bagaimanapun, kami belum ada tarikh yang tetap,” katanya sebagai mana dipetik dari sebuah portal hiburan..

No Image Caption

Pada majlis sederhana yang dihadiri lebih 200 tetamu dari keluarga dan kenalan kedua belah pihak ini, Syafie menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.

Antara rakan artis yang turut hadir meraikan pasangan ini ialah Fimie Don, Aedy Ashraff, Ardell Aryana, Jasmine Suraya Chin, Sweet Qismina, Adam Lee dan Syazuwan Hassan.

Syafie dan Aishah mula berkenalan di laman sosial sekitar tahun 2015 dan mula rapat pada pertengahan tahun lalu sebelum memutuskan untuk bertunang dan seterusnya ke fasa perkahwinan.

Artikel Berkaitan: