Kerjasama UMNO-Pas semarak politik perkauman

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata penyatuan UMNO dan Pas hanya akan menyemarakkan lagi politik perkauman.

Katanya, beliau berasa hairan mengapa Pas ingin bersama UMNO, sedangkan suatu ketika dahulu UMNO pernah menuduh Pas sebagai parti perkauman.

"Pas dan UMNO hari ini cuba jana kekuatan atas nama kaum, tapi perlu diingat mereka kalah dalam pilihan raya yang lalu.

"Pas dah u-turn banyak kali, mereka berpusing-pusing dalam keputusan mereka. Jika kita hendak hentikan politik perkauman, kerjasama UMNO dan Pas perlu dihentikan," katanya ketika program ceramah di Taman Bukit Tuanku, di sini malam ini.

Beliau juga berkata kemenangan PH dalam PRU14 yang lalu tidak bergantung kepada latar belakang calon dan beliau meninggalkan parti itu agar boleh memberikan perkhidmatan kepada semua kaum.

"Dulu kita tinggalkan Pas, Kenapa? Sebab kita nak amalkan Islam untuk semua, keadilan untuk semua. Kita tak boleh paksa orang masuk Islam.

"Peranan Islam mengamalkan belas kasihan untuk semua," katanya.

Hadir sama dalam program ceramah itu ialah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Rantau, 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Ia diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah. - Bernama