China desak bebaskan anak pengasas Huawei

Meng Wanzhou
Meng Wanzhou
A
A
A

BEIJING - China memanggil Duta Kanada sebagai membantah penahanan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) firma telekomunikasi gergasi, Huawei, Meng Wanzhou yang disifatkan sebagai 'tidak munasabah dan keji' serta turut memberi amaran tentang akibat serius jika wanita tersebut tidak dibebaskan.

Wanzhou ditahan di Vancouver pada minggu lalu dan bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) di mana beliau boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun jika disabit bersalah kerana melanggar sekatan dikenakan ke atas Iran.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar melaporkan Timbalan Menteri Luar, Le Yucheng memanggil Duta Kanada Ke China, John McCallum, semalam berhubung insiden itu yang mencetuskan bantahan keras Beijing.

Menurut Yucheng, penahanan anak pengasas Huawei itu jelas pelanggaran besar terhadap hak dan kepentingannya.

Ketika dibicarakan pada Jumaat lalu, pendakwa raya turut menggesa mahkamah Vancouver menolak ikat jamin ke atasnya yang mana tindakan Kanada itu telah memberi kesan kepada hubungan antara kedua-dua negara dan dikhuatiri akan menjejaskan pasaran kewangan global. - Reuters

Artikel Berkaitan: