Bunuh: Dua beradik berdepan hukuman mati

-

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Dua beradik berdepan hukuman mati mandatori selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh seorang eksekutif khidmat pelanggan, tahun lalu.

S Kirubanantharaj dan S Tharmenderan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Berdasarkan pertuduhan, Kirubanantharaj, 25 dan adiknya, Tharmenderan, 22, didakwa bagi mencapai niat bersama telah membunuh T Theebakaran, 26, di luar restoran di Jalan PJS 8/4, Sungai Way, di sini, jam 5.30 petang, pada 11 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada jaminan dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memandangkan kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Majistret, Nor Ariffin Hisham menetapkan 27 Mei untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: