Saya bukan tak ada duit beli rumah: Tok Mat

Mohamad Hasan. - Foto Adam Amir Hamzah
Mohamad Hasan. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan beliau bukan tidak mampu membeli rumah di Seremban selepas diarah meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sebaliknya, kata Mohamad, beliau cuma kesal kerana terlupa untuk membeli rumah sendiri di Seremban.

"Bila saya kata tiada tempat untuk dituju ketika keluar dari rumah rasmi Menteri Besar, bukanlah bermakna saya tak mampu atau tak ada duit.

Tapi banyak orang mempersendakan saya kata duit RM10 juta boleh pula hantar ke luar negara.

"Saya cuma kata tiada rumah di Seremban, saya lupa nak beli rumah di situ. Bukannya saya tak mampu, saya ada rumah di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohamad dalam satu ceramah mengakui tergores hati apabila terpaksa meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar selepas kekalahan BN di Negeri Sembilan pada PRU14.

Hal ini kerana, kata Mohamad, ketika itu beliau tidak tahu ke mana hendak dituju.

Susulan itu, ramai warganet menyindir Mohamad kononnya tidak mampu membeli rumah dan mengaitkannya dengan kes pemindahan wang RM10 juta ke luar negara.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohamad mengulangi bahawa kes pemindahan RM10 juta telah disiasat oleh pelbagai agensi sebelum ini.

"Kes ini juga sudah beberapa kali ditanya dalam Parlimen. Boleh rujuk hansard Parlimen untuk jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad nafi salah guna kuasa

Zulkefly minta Tok Mat disiasat

Tok Mat tergores hati ketika diarah keluar dari kediaman rasmi