Pukul Pak Guard: Lan Solo maafkan peminat salah faham

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Lan Solo mendedahkan dia turut terkena tempias dengan berita artis memukul pengawal keselamatan, pada Sabtu.

“Saya terkejut apabila semalam ramai pulak yang DM saya bertanyakan hal tersebut. Pada mulanya saya ingat mereka bergurau tetapi bila dah ramai sangat tanya, rupa-rupanya mereka ingatkan artis tersebut adalah Lan Solo.

“Saya tak salahkan peminat yang bertanya kerana mungkin mereka keliru antara Lan Solo dengan Lan yang lain. Jadi saya tak ambil seriuslah walaupun ada komen bukan-bukan di IG saya. Saya maafkan mereka,” ujar Lan.

Tambah Lan, dia tidak terkesan pun kerana telah dinyatakan dalam berita sebelum ini, artis tersebut merupakan seorang pelawak dan berumur 40-an.

“Saya penyanyi dan baru 30-an,” ujarnya ringkas sambil ketawa.

Nama Lan Solo terbabit berikutan tersebarnya berita seorang pelawak disyaki memukul seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nilai, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Biarpun tidak menyebut nama pelawak itu, namun berdasarkan rakaman CCTV dan gambar yang tersebar, ramai yang telah membuat telahan sendiri.

Artikel Berkaitan: