10 peratus tapak khas untuk OKU, ibu tunggal

Mohd Rashidi (tengah) bersama sebahagian peniaga yang menerima permit dan mempraktikkan kaedah tatacara pemakaian yang betul mengikut sayarat-syarat ditetapkan MBSA.
Mohd Rashidi (tengah) bersama sebahagian peniaga yang menerima permit dan mempraktikkan kaedah tatacara pemakaian yang betul mengikut sayarat-syarat ditetapkan MBSA.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah tapak Bazar Ramadan 2019 kepada peniaga golongan orang kurang upaya (OKU) serta ibu tunggal.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, ​Mohd Rashidi Ruslan berkata, pertimbangan itu dibuat selepas cadangan tersebut dikemukakan oleh ahli majlis kepada pihaknya baru-baru ini.

"Setelah diperhalusi, kita setuju untuk luluskan dan beri kuota 10 peratus tersebut di setiap lokasi tapak bazar Ramadan pada kali ini.

"Sebagai contoh, sekiranya ada 200 tapak gerai di satu-satu lokasi itu, 20 daripada jumlah itu akan diperuntukkan untuk golongan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Taklimat dan Penyerahan Permit Bazar Ramadan MBSA 2019 serta pelancaran perkhidmatan iLesen di Auditorium MBSA hari ini.

Mohd Rashidi (tengah) melakukan gimik pelancaran i-Lesen iaitu aplikasi permohonan lesen secara online yanag dibangunkan MBSA.
Mohd Rashidi (tengah) melakukan gimik pelancaran i-Lesen iaitu aplikasi permohonan lesen secara online yanag dibangunkan MBSA.

Menurutnya, semua kuota permohonan bagi peniaga OKU dan ibu tunggal tersebut sudah diterima pihaknya dan pendekatan terbaru itu merupakan kaedah oleh MBSA bagi membantu mereka mencari rezeki di bulan Ramadan.

Mohd Rashidi berkata, bagi bazar Ramadan kali ini, pihaknya mengeluarkan sebanyak 1,815 permit kepada para penjaja di 31 lokasi bawah pengurusan MBSA, pihak swasta, persatuan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) antaranya di Seksyen 6, 7,8, 16,19, 20, 24,25, U10, U13 dan U20.

"Permohonan permit bazar Ramadan pada tahun ini perlu dilakukan secara atas talian (online) dikenali sebagai e-bazar dan setiap peniaga hanya boleh memohon satu tapak sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Permohonan secara online ini adalah lebih teratur dan cara pemilihan juga lebih berintegriti serta tidak boleh dipertikaikan. Saya yakin para peniaga bazar berpuas hati dengan sistem yang dilaksanakan MBSA ini," katanya memberitahu kempen larangan penggunaan bekas polistirena dan plastik juga diteruskan dengan penambahan kempen larangan penggunaan penyedut minuman plastik pada Ramadan kali ini.

Mohd Rashidi (dua, kanan) memakaikan topi kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan 2019 yang menerima permit hari ini.
Mohd Rashidi (dua, kanan) memakaikan topi kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan 2019 yang menerima permit hari ini.

Selain itu, Mohd Rashidi berkata, pihaknya turut meluluskan 20 tapak untuk foodtruck Ramadan di sebuah lokasi di Seksyen 9, di sini.

"Kita benarkan mereka buka meja dan beroperasi sehingga jam 10 malam...jadi pengunjung ada pilihan sama ada beli dan berbuka puasa di situ atau bawa pulang," katanya.

Mohd Rashidi turut mengingatkan semua peniaga bazar atau foodtruck Ramadan 2019 supaya mematuhi peraturan serta syarat-syarat ditetapkan MBSA bagi mengelak dikenakan tindakan senarai hitam serta tidak dibenarkan untuk berniaga bagi permohonan akan datang.

Katanya, MBSA turut bekerjasama dengan beberapa penaja serta syarikat pemasaran yang membantu dalam memberi penerangan antaranya berhubung pengendalian makanan bagi memastikan mutu makanan terpelihara, cara mengoptimakan harga dan banyak lagi menerusi taklimat disediakan.