UniSZA lancar sistem daftar aset wakaf

Hassan (tengah) pada program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan.
Hassan (tengah) pada program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan.
A
A
A

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini melangkah setapak lagi dalam pengurusan wakaf pendidikan apabila melancarkan sistem daftar aset wakaf UniSZA di universiti itu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pelancaran juga menjadikan UniSZA sebagai institusi pendidikan pertama di Malaysia yang memperkenalkan inisiatif tersebut.

Menurutnya, sistem daftar aset wakaf itu merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.

“Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengesanan dan pemantauan aset wakaf untuk memelihara kelestarian sifat, bentuk dan kebolehgunaannya.

“Dalam masa sama, sistem ini memudahkan penyelenggaraan, penggantian, pelupusan dan hapus kira sesuatu aset wakaf," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis pelancarannya diadakan sempena program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Turut terlibat dalam program itu ialah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan Pusat Islam UniSZA.

Hassan berkata, inisiatif itu bertitik tolak dari kesukaran dihadapi pihak pengurus wakaf dalam pengurusan aset wakaf yang jelas sekali berbeza dengan pengurusan aset bukan wakaf, sekali gus dapat memelihara amanah daripada pihak pewakaf.

Artikel Berkaitan: