Penunggang motosikal paling tinggi langgar lampu isyarat

Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Utama Khas Lampu Isyarat di Jalan SS7/26 di sini pada Khamis.
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Utama Khas Lampu Isyarat di Jalan SS7/26 di sini pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Lewat, terlalu lama menunggu antara alasan diberikan pengguna jalan raya yang ditahan dalam Op Utama Khas Lampu Isyarat di Jalan SS7/26 di sini, pada Khamis.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, operasi dijalankan pihaknya itu bermula jam 10.30 pagi sehingga 11.45 pagi.

"Pengguna motosikal antara paling tinggi dikesan melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat.

"Alasan diberikan antaranya nak cepat, terlalu lama menunggu lampu isyarat selain lambat untuk menuju ke destinasi. Bagaimanapun tindakan melanggar lampu isyarat ini bukan sahaja membahayakan nyawa penunggang motosikal itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, 170 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dikesan antaranya melanggar lampu isyart, lesen tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.

"Motosikal antara kenderaan tertinggi dikenakan saman iaitu 116 saman selain 39 saman bagi kereta manakala lima untuk lori dan lain-lain kenderaan," katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Penguatkuasaan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Penguatkuasaan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Mereka dinasihatkan untuk patuh kepada peraturan, terutama ketika di lampu isyarat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku seandainya tidak mematuhi lampu isyarat.

"Polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu lintas," katanya.