Abdul Hadi maafkan Pengerusi SPR

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbesar hati menerima permohonan maaf Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Beliau menyifatkan permohonan maaf terbuka yang dikemukakan Pengerusi SPR itu sebagai sikap yang baik.

“Bagus...bagus...baik...baik, itulah sikap yang baik dan terbuka,” katanya ringkas ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Abdul Hadi bagaimanapun, tidak pula menitipkan nasihat kepada Azhar supaya tidak mengulangi kata-katanya.

“Tiada, tiada (nasihat),” ujar Ahli Parlimen Marang itu.

Jumaat lalu, Azhar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya membabitkan ‘pengundi di luar negeri Kelantan’ sebelum ini yang didakwa mengguris hati rakyat negeri itu.

Sebelum ini, Azhar pernah berkata, cadangan untuk melakukan pendaftaran pengundi secara automatik sukar dilakukan kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan pengundi mengundi di tempat mula mendaftar walaupun tinggal di tempat lain.

Kata Azhar, disebabkan perkara itu 60,000 orang Kelantan balik ke Kelantan untuk mengundi dan menyokong hudud sedangkan pada masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

Artikel Berkaitan: