Biskut sup tulang kudapan berkhasiat untuk bayi, kanak-kanak


Biskut sup tulang boleh didapati di kedai barangan bayi terpilih.
Biskut sup tulang boleh didapati di kedai barangan bayi terpilih.
A
A
A
BISKUT sup tulang atau bone broth cookies keluaran Rush Baby Food Trading ialah kudapan sihat dan sesuai untuk kanak-kanak dan bayi berusia seawal lapan bulan.

Biskut sup tulang adalah resipi yang dihasilkan daripada mentega tanpa garam, tepung tanpa peluntur, tepung jagung, puri avokado, krim keju tatura, formula mik dan sup tulang.

Biskut sup tulang sesuai untuk anak-anak yang menghadapi masalah kurang berat badan kerana puri avokado dan krim keju yang terdapat dalam adunannya mengandungi lemak baik yang membantu menaikkan berat badan bayi dan kanak-kanak.

Biskut itu juga dihasilkan tanpa tambahan gula, garam mahupun bahan-bahan pengawet. Tekstur biskut itu mudah cair saat dimakan amat mesra pada penghadaman dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Ia juga tidak mudah rapuh, bayi boleh ambil sendiri, genggam kemudian makan sendiri sekali gus meningkatkan kemahiran pergerakan bayi.
Artikel Berkaitan:


Bahan utama biskut ini, iaitu sup tulang bagi membantu menguatkan antibodi bayi dan kanak-kanak.

Biskut sup tulang boleh didapati di kedai barangan bayi terpilih pada harga RM23 sebotol. Setiap botol mengandungi 27 keping.