'Tiada pengeluaran wang TH yang luar biasa'

 Zukri Samat
Zukri Samat
A
A
A

SHAH ALAM - Urusan di semua cawangan Tabung Haji (TH), berlangsung seperti biasa dan tiada pengeluaran yang luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, meskipun terdapat ura-ura kononnya pendeposit TH akan mengeluarkan wang mereka beramai-ramai, susulan pengumuman hibah yang rendah, perkara itu tidak berlaku sebaliknya TH menerima caruman deposit baharu.

"Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa, saya ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tular di media sosial adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya menerusi satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Zukri berkata dalam isu ini, TH tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika terdapat sebarang khabar-khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit.

"TH ingin memberi jaminan kepada para pendeposit bahawa bukan sahaja wang mereka selamat, tetapi kami komited menjana pendapatan yang mampan untuk mengoptimumkan pulangan mereka, sambil menumpukan kepada mandat kami untuk membantu umat Islam menyimpan dan mempersiapkan diri untuk urusan haji mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: