X

Kindly register in order to view this article
!

Apabila api kemarahan menguasai diri...

Kawallah kemarahan kita supaya tidak bertindak di luar batasan. -GAMBAR HIASAN.
A
A

APABILA kita dikuasai perasaan marah, agak sukar untuk mengawalnya, bukan?

Pada masa itu, fikiran kita juga tidak rasional kerana terlalu dikuasai emosi dan api amarah yang meluap-luap.

Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah RA, seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah nasihat kepada aku. Lalu Nabi berkata, jangan marah. Lelaki itu mengulangi pertanyaan berkali-kali dan Nabi SAW menjawab, jangan marah." (Riwayat al-Bukhari)

Sebenarnya, Rasulullah SAW memberikan nasihat mengikut keadaan individu yang bertanya.

Dalam konteks hadis ini, mungkin individu yang bertanya itu adalah seorang yang panas baran.

Jadi, perkataan 'jangan marah' itu bukanlah bermaksud kita tidak boleh melayani perasaan marah tetapi sebaiknya kawallah ia supaya kita tidak melakukan tindakan di luar batasan.

Bagaimana kita hendak mengawal kemarahan?

Ada banyak hadis tentang cara mengekang kemarahan antaranya mengambil wuduk, duduk apabila marah dalam keadaan berdiri dan jika masih marah lagi, berbaringlah dan sebagainya.

Walaupun hadis yang menganjurkan berwuduk dan baring ketika marah ini merupakan hadis daif tetapi ia boleh diamalkan jika terbukti berkesan untuk mengawal kemarahan.

Ia tidak termasuk dalam soal hukum dan akidah.

Maka, kita dibenarkan untuk mengamalkannya selagi mana ia tidak disandarkan kepada Nabi SAW secara pasti.

(Sumber: Dr Muhamad Rozaimi Ramle)