BN, Pas terus main sentimen perkauman: Mat Sabu

Mohamad ketika menyampaikan ceramah pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, di sini, malam tadi. - Foto: ADAM AMIR HAMZAH
Mohamad ketika menyampaikan ceramah pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, di sini, malam tadi. - Foto: ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa UMNO dan Pas berterusan memainkan sentimen perkauman untuk menarik orang Melayu dengan menuduh PH dikuasai penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, mereka juga menuduh yang semua agensi kerajaan kini telah dikuasai DAP.

"Sekarang ini pembangkang tiada isu lain melainkan perkauman kerana itu saja jalan untuk tarik orang Melayu supaya tidak percaya pada PH.

"Takkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ultra Melayu nak khianat Melayu? Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu jual Melayu?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Tabung Haji akan bankrap jika terus berada di bawah pentadbiran kerajaan BN.

"Kalau tidak diselamatkan kerajaan PH, ia sudah bankrap. Yang curi duit Tabung Haji dan lingkupkan duit Tabung Haji orang Melayu dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng melalui Perbadanan Kementerian Kewangan yang selamatkan dengan salurkan RM17 billion," katanya.

Mohamad juga mendakwa laporan audit yang diisytihar oleh kerajaan BN pada tahun 2018 ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah satu pembohongan.

Artikel Berkaitan:

“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina?

"Siapa curi? Siapa tipu? Siapa rasuah? Kamu yang curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina," katanya.