Perlu bijak urus sisa pepejal: Exco

Kok Seong (tengah) turut menyokong usaha program Zecomm.
Kok Seong (tengah) turut menyokong usaha program Zecomm.
A
A
A

SEREMBAN - Masyarakat disaran lebih peka terhadap pengurusan sisa pepejal dalam usaha memastikan negeri ini bersih, selain bahan buangan tersebut boleh ditukar menjadi barangan bernilai.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, kerajaan melalui SWcorp sentiasa fokus dalam mendidik rakyat menguruskan sisa pepejal dengan betul.

“Untuk mencapai usaha ini, masyarakat perlu beri perhatian terhadap perubahan minda agar sisa ini dapat diuruskan dengan sistematik dan mampan.

“Sisa ini boleh dikitar semula sekali gus dapat mengurangkan masalah berkaitan kebersihan sehingga menjejaskan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pusat Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (Zecomm) di Rumah Pangsa Senawang 1, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Mohammad Diah Wahari dan Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Nordin Amat.

Kok Seong berkata, bagi tempoh Disember 2018 hingga Mac 2019 sebanyak 508.5kg sisa makanan dan 755.75kg sisa kitar semula dihantar ke Zecomm di sini.

“Saya berharap usaha ini diperluaskan di semua perumahan bertingkat untuk mewujudkan penduduk yang bijak, menjaga kebersihan dan sentiasa peka terhadap sisa yang dihasilkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: