Qr Code ke arah sekolah digital

Mohd Razali menunjukkan kaedah menggunakan QR Code untuk pendaftaran kehadiran ibu bapa.
Mohd Razali menunjukkan kaedah menggunakan QR Code untuk pendaftaran kehadiran ibu bapa.
A
A
A

KUANTAN – Penggunaan QR Code bagi sistem kehadiran dan buku aturcara sesuatu majlis merupakan salah satu usaha ke arah mendigitalkan sekolah.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar berkata, penggunaan QR Code untuk sebarang program yang melibatkan kehadiran ibu bapa bertujuan memudahkan dan melancarkan perjalanan program tanpa penggunaan kertas.

"Proses daftar kehadiran ibu bapa pada majlis dan pemberian atur cara menerusi kaedah QR Quote mudahkan kelancaran sesuatu majlis dan merupakan inisiatif ICT sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui media pada majlis pelancaran Tuisyen Percuma Parlimen Kuantan untuk pelajar luar bandar menggunakan modul English With Rhymes, di Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh di sini semalam.

Bagi projek itu seramai 70 calon UPSR dipilih sekitar sekolah daerah Pekan untuk menerima tajaan tuisyen percuma sebagai persediaan menduduki UPSR.

Pada majlis tersebut, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan menerusi Ketua Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, Fakhrul Anuar menyampaikan replika cek berjumlah RM5,000 setiap satu kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Penor; Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh dan Sekolah Kebangsaan Ubai.

Khairul (tujuh kanan) dan Mohd Razali (enam kanan) menyampaikan replika cek kepada tiga buah sekolah yang dipilih untuk tajaan tuisyen.
Khairul (tujuh kanan) dan Mohd Razali (enam kanan) menyampaikan replika cek kepada tiga buah sekolah yang dipilih untuk tajaan tuisyen.

PPD juga akan turut melancarkan satu sistem pembelian menggunakan kod iaitu E Kantin di mana para pelajar tidak perlu membawa wang tunai ke sekolah untuk berbelanja sekaligus mengurangkan risiko wang hilang selain memudahkan murid berbelanja di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang merupakan sekolah pilot untuk projek perintis E Kantin ini membabitkan 100 murid kelas Pendidikan Khas.

“Buat masa ini kita sedang mengenal pasti vendor yang akan membangunkan sistem berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, amalan rekod kehadiran pelajar sekolah menengah menggunakan sistem ibu jari adalah sangat efektif.

Menurutnya, ia juga mampu membantu meningkatkan kehadiran para pelajar di mana rekod menunjukkan sekolah yang menggunakan sistem ini terbukti mencatatkan rekod kehadiran 80 peratus.