Beban selamatkan Tabung Haji

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MENURUT Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat pada sidang media pengumuman hibah, Akta Tabung Haji mengehadkan pemberian hanya pada lebihan aset berbanding liabiliti. Walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH (bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi aset) hanyalah RM913 juta. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah.

Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun lalu, TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan ketidaktepatan kedudukan akaun TH. Akibatnya, hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang daripada wang depositor bukannya daripada untung perniagaan sebenar. Ia adalah resipi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak diperbaiki dan diperbetulkan.

Bermakna, hibah tinggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang rosot nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan.

Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih daripada 6 peratus hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya Pak Man Telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi 'memusing-musing' wang penyimpan.

Bagaimana tanggungan kos penyelamatan TH akan dibiayai oleh kerajaan?Berdasarkan maklumat daripada sidang akhbar TH, iaitu dibuat melalui melalui suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibiayai kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu daripada tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Bagaimana kerajaan sedang menyelamatkan TH?

i. Kerajaan menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle (SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baharu dilantik iaitu Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.

ii. Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

a. RM10 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05 peratus setahun bertempoh tujuh tahun.

b. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10 peratus setahun bertempoh 10 tahun.

c. RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperoleh).

iii. Dengan penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang sepatutnya.

iv. Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperoleh pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH. Kos yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai oleh kerajaan.

Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset bernilai RM9.7 bilion.

Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7 bilion, kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Artikel Berkaitan: