Awasi anak kita, jenayah pedofilia makin banyak!

Muka depan Sinar Harian 8 April 2019.
Muka depan Sinar Harian 8 April 2019.
A
A
A

ITULAH yang boleh digambarkan dengan statistik menggerunkan jenayah seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia yang rata-rata melibatkan kumpulan individu 'sakit otak' seperti pedofilia dan gila seks yang tergamak menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa nafsu serakah mereka.

Berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, menunjukkan jumlah kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Statistik itu mendapati sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes bagi tempoh sama pada 2017 membabitkan peningkatan sebanyak 55 kes.

Statistik berkenaan adalah berdasarkan kes-kes yang disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang baru dikuatkuasakan pada Julai 2017.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Superintendan Siti Kamsiah Hasan berkata, daripada jumlah itu, kanak-kanak berusia 13 hingga 15 menjadi mangsa paling ramai diikuti yang berusia enam hingga sembilan seterusnya 10 hingga 12 seterusnya 16 hingga 18 dan enam tahun ke bawah.

Menurutnya, lebih tragis statistik juga mendedahkan jenayah itu turut menimpa bayi seawal usia sembilan bulan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalam badan dan meninggal dunia.

Statistik 2018 mendedahkan daripada 639 kes jenayah seksual kanak-kanak, 73.4 peratus atau 469 kes didalangi oleh individu yang dikenali mangsa.

Ikuti laporan penuh dalam akhbar Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: