Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas tolak pendirian label parti Melayu Islam sebagai musuh

27 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2022

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menolak sekeras-kerasnya pendirian mana-mana pihak yang melabel kumpulan Melayu Islam lain sebagai musuh utama.

Tegasnya, pendirian tersebut tidak wajar apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya umat Islam seperti Malaysia.

Menurut beliau, Pas yakin perpaduan di antara parti-parti utama Melayu-Islam dalam negara ini dapat membentuk sebuah pemerintahan negara yang stabil, adil dan berkebajikan.

Artikel: https://bit.ly/3SzGzg7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuahbusters #MalaysiaBerintegriti