Nur menang besar

Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

DRAMA rantaian popular, Nur, mengulangi kejayaan pada Anugerah Skrin 2018 di Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019).

Menerusi acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi, drama Nur memenangi enam dari sembilan kategori yang dipertandingkan.

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu memenangi kategori Drama Pilihan, manakala pengarah yang juga penulis skrip drama berkenaan iaitu Shahrulezad Mohamedin dipilih sebagai pemenang kategori Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan.

Pelakon utama drama Nur iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli dipilih sebagai Pasangan Pilihan, Syafiq juga turut membawa pulang trofi Aktor Pilihan.

Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Watak yang paling dibenci iaitu Ustaz Hamadi lakonan Azhar Rani memenangi kategori Antagonis Pilihan.

Sementara itu, pelakon berbakat besar, Janna Nick memenangi trofi Aktres Pilihan menerusi lakonan berkesannya dalam drama Semerah Cinta Humairah. Ini merupakan kemenangan ketiga Janna untuk kategori sama.

Untuk rekod Janna pernah memenangi kategori sama pada tahun 2016 untuk drama Kau, Aku, Kita dan pada tahun 2018 menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, lagu nyanyian Haqiem Rusli dan Aman RA iaitu Jatuh Bangun yang juga lagu tema drama Shah & Zam dipilih memenangi kategori Lagu Pilihan.

Manakala drama My Sensei Nyonya terbitan Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd diumumkan memenangi kategori Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan.

Pemenang membawa pulang sejumlah daripada hadiah wang tunai RM18,000.

Malam Anugerah DFKL 2019 dikendalikan oleh pengacara, Awal Ashaari bersiaran secara langsung di TV3 membawakan tema Positif Selalu.