X

Kindly register in order to view this article
!

Saya hampir mati: As'ad Motawh

Instagram As'ad Motawh
A
A

BARU-baru ini, heboh mengenai penyanyi, As'ad Motawh dipeluk dari belakang oleh seorang peminat fanatiknya.

Terbaharu, pelantun yang terkenal dengan lagu Percaya itu berkongsi video pendek insiden dia ditarik dari atas pentas sehingga terjatuh ke dalam kumpulan peminatnya.

Insiden tersebut dipercayai berlaku ketika As'ad, 18, membuat persembahan di Sabah.

"Saya hampir mati... Tapi jangan bimbang, saya baik sahaja. Sedikit kecederaan tidak akan membunuh saya. Terima kasih Sabah," tulisnya di Instagram.

As'ad turut berkongsi video insiden berkenaan yang memperlihatkan dia sedang bersalam dengan peminat, namun mereka bertindak menarik penyanyi itu sehingga terjatuh.

Dua pengawal peribadi dilihat bergegas menyelamatkan As'ad yang berada di bawah pentas.

ARTIKEL BERKAITAN:

As'ad Motawh dipeluk peminat, netizen dakwa gimik

'Saya beragama Islam dan tahu nilai moral'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!