X

Kindly register in order to view this article
!

Dynas bakal timang anak lelaki?

Dynas Mokhtar
A
A

KURANG sebulan sebelum melahirkan cahaya mata ketiga, pelakon Dynas Mokhtar dan suami, Shazrik Din telah menganjurkan sebuah majlis baby gender reveal party, semalam.

Menerusi majlis yang diadakan di Carnaval Churrascaria, Petaling Jaya itu, turut dihadiri oleh teman rapat pelakon dan pengacara itu antaranya Sazzy Falak, Ning Baizura, Daphe King, Yasmin Hani, Scha Alyahya dan Sherry Ibrahim.

Pada acara berkenaan, Dynas memberitahu warna hijau mewakili lelaki dan kuning bermakna perempuan. Apabila belon utama diletupkan, belon hijau mula berterbangan.

Rata-rata pengikut media sosialnya turut sama berkongsi keterujaan dengan berita gembira itu.

Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam pada April 2018 selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!