Rumah adik Ridzuan Hashim terbakar

Api marak ketika anggota Bomba dan Penyelamat tiba ke lokasi.
Api marak ketika anggota Bomba dan Penyelamat tiba ke lokasi.
A
A
A

HULU LANGAT – Rumah adik kepada pelakon Ridzuan Hashim di Jalan Hulu Langat Batu 17, Kampung Dusun Tua, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 5.34 petang.

“Seramai 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dan Ampang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Anggaran kemusnahan melibatkan 70 peratus.
Anggaran kemusnahan melibatkan 70 peratus.

Beliau berkata, pihaknya mendapati api marak di rumah dua tingkat tersebut.

“Kita berjaya memadamkan kebakaran, anggaran kemusnahan 70 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: