Orang Asli lapor polis kenyataan jelik di Facebook

Yahya (tiga dari kiri) bersama belia Orang Asli Kuala Langat dan Tanjung Sepat selesai membuat laporan polis di IPD Kuala Langat. Gambar kecil, kenyataan jelik yang dimuat naik pengguna Facebook ini mengguris hati masyarakat Orang Asli.
Yahya (tiga dari kiri) bersama belia Orang Asli Kuala Langat dan Tanjung Sepat selesai membuat laporan polis di IPD Kuala Langat. Gambar kecil, kenyataan jelik yang dimuat naik pengguna Facebook ini mengguris hati masyarakat Orang Asli.
A
A
A

KUALA LANGAT - Belia Orang Asli Kuala Langat dan Tanjung Sepat membuat laporan polis berhubung seorang pengguna Facebook yang memuat naik kenyataan jelik berunsur penghinaan kepada masyarakat Orang Asli.

Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sekitar jam 3 petang hari ini.

Wakilnya, Yahya Sidin,38, berkata, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat pengguna Facebook berkenaan seterusnya dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya sebagai pengajaran.

Menurutnya, hukuman perlu diberikan kepada individu yang memuat naik status berunsur penghinaan kepada kaum lain, ia sebagai pengajaran bagi memastikan perkara ini tidak terus berleluasa di kalangan netizen.

"Memuat naik kenyataan berunsur penghinaan ke atas sesuatu kaum atau agama adalah sesuatu yang sangat tidak wajar berlaku di negara ini.

"Kami Orang Asli juga sebahagian daripada masyarakat di negara ini dan apa yang dilakukan oleh pengguna Facebook itu mengguris hati kami," katanya kepada Sinar Harian.

Yahya berkata, selepas mendapat kecaman, pengguna Facebook yang memuat naik status jelik itu telah memohon maaf.

"Dia dah memuat naik kenyataan memohon maaf, tapi saya dan Orang Asli di sini tetap mahu polis melakukan siasatan ke atas kenyataan penghinaan itu.

Artikel Berkaitan:

"Kerana ini bukan kali pertama wujud kenyataan jelik menghina Orang Asli di Facebook, kali ini dah melampau dan kami buat laporan polis," katanya.

Sebelum ini, pengguna Facebook dengan nama Bismi Shah diselar netizen berikutan komen jelik berunsur hinaan terhadap Orang Asli yang dimuat naiknya dan tular.