Taman Melur dilanda banjir lumpur

Penduduk mendakwa banjir lumpur kerap berlaku di kawasan ini.
Penduduk mendakwa banjir lumpur kerap berlaku di kawasan ini.
A
A
A

PANDAN INDAH – [DIKEMASKINI] Sebanyak lima buah rumah di Taman Melur di sini terjejas setelah dilanda banjir lumpur berikutan hujan lebat petang tadi.

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohamad Samat berkata, pihaknya memandang serius berhubung kejadian banjir yang kerap kali berlaku di kawasan perumahan itu.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan kontraktor projek pembangunan berhubung isu kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan ini,” katanya.

Mohamad berkata, MPAJ telah mengeluarkan 12 arahan teknikal kepada pihak berkenaan untuk mengemas kini dan menyiapkan sistem mitigasi yang mungkin sebelum ini tidak dilaksanakan.

“Sebab itu berlaku kejadian banjir, saya dimaklumkan pihak berkenaan giat melaksanakan langkah mitigasi bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Teratai, saya berharap pihak berkenaan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh MPAJ,” katanya.

#Ampang PANDAN INDAH – Sebanyak lima buah rumah di Taman Melur, di sini, dinaiki air lumpur berikutan hujan lebat petang tadi. Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ, Mohamad Samat berkata, pihaknya memandang serius berhubung kejadian banjir yang kerap kali berlaku di kawasan perumahan itu. “Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan kontraktor projek pembangunan berhubung isu kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan ini,” katanya. Mohamad berkata, MPAJ telah mengeluarkan 12 arahan teknikal kepada pihak berkenaan untuk mengemaskini dan menyiapkan sistem mitigasi yang mungkin sebelum ini tidak dilaksanakan. “Sebab itu berlaku kejadian banjir, saya dimaklumkan pihak berkenaan giat melaksanakan langkah mitigasi bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Teratai, saya berharap pihak berkenaan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh MPAJ,” katanya.

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, April 7, 2019

Artikel Berkaitan: