MB Johor jumpa Dr Mahathir esok

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Osman Sapian.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Osman Sapian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijadualkan akan ke Kuala Lumpur esok dan menjadi satu perkara biasa sekiranya ada pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab Rahman susulan adanya pertanyaan daripada pihak pengamal media berhubung pergerakan Menteri Besar Johor.

"Saya sahkan memang Menteri Besar dijadualkan akan ke Kuala Lumpur esok.

"Kalau Menteri Besar hendak jumpa Perdana Menteri pun, itu perkara biasa memandangkan sesuatu perbincangan perlu diadakan untuk persediaan sebelum mesyuarat besar berlangsung," katanya menerusi pesanan dalam aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Abdul Hakim berkata, pada hari Selasa akan berlangsungnya Mesyuarat Pre-Council, Mesyuarat Delegasi sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-sembilan di Putrajaya.

"Jadi Menteri Besar datang awal untuk persediaan mesyuarat-mesyuarat tersebut. Itu perkara biasa," katanya.

Selain itu, beliau meminta semua pihak termasuklah pengamal media untuk tidak mempercayai sebarang khabar angin membabitkan Menteri Besar Johor.

Sebelum ini tersebar berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor dan terdapat desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.

Artikel Berkaitan: