Kereta terbang di Rantau?

A
A
A

SEREMBAN - Berkempen menggunakan 'kereta terbang' menghangatkan lagi suhu PRK DUN Rantau.

Memasuki hari kelapan kempen, kem BN hari ini menarik perhatian ramai apabila bendera parti itu dibawa mengelilingi Pekan Rantau menggunakan paramotor.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, beliau tidak mengetahui tentang 'kereta terbang' tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh penyokongnya.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong yang banyak membantu berkempen bagi pihak saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan peribadi, modal kempen minggu akhir: BN

Artikel Berkaitan: