PRK Rantau: 'Flashmob' bantah PH gagal tunai janji PRU14

Lebih 100 ahli gabungan pemuda parti komponen BN mengadakan flashmob di pekan Rantau di sini. -Foto Sinar Harian
Lebih 100 ahli gabungan pemuda parti komponen BN mengadakan flashmob di pekan Rantau di sini. -Foto Sinar Harian
A
A
A

REMBAU - Lebih 100 ahli gabungan pemuda parti komponen BN mengadakan flashmob di pekan Rantau di sini, sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan PH yang didakwa gagal menunaikan janji manifesto pada PRU14.

Flashmob selama setengah jam itu melibatkan Pemuda UMNO, MIC, MCA, Pas, Kimma dan Makkal Sakti.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, dalam tempoh hampir setahun PH mengambil alih kerajaan, pelbagai kepincangan urus tadbir yang berlaku.

"Kerajaan PH sering membuat tindakan dan keputusan penting secara tergesa-gesa. Itu yang membuatkan golongan muda tidak puas hati.

"Malah banyak janji tidak ditunaikan dan disebabkan kegagalan itu, mereka salahkan BN. Sebab itu, kita buat flashmob sebagai referendum anak muda dan untuk tunjukkan rasa tidak puas hati pada kerajaan PH," katanya.

Lebih 100 ahli gabungan pemuda parti komponen BN mengadakan flashmob di pekan Rantau di sini. -Foto Sinar Harian
Lebih 100 ahli gabungan pemuda parti komponen BN mengadakan flashmob di pekan Rantau di sini. -Foto Sinar Harian

Menurutnya, prestasi kerajaan PH menangani isu rakyat termasuk yang terbaharu pemberian hibah Tabung Haji yang paling rendah dalam sejarah adalah sesuatu yang mengecewakan

Mengenai PRK DUN Rantau beliau berkata, dalam tempoh lapan hari berkempen terdapat beberapa isu pelanggaran undang-undang pilihan raya dilakukan PH.

Artikel Berkaitan:

"Contohnya pemberian makanan percuma kepada pelajar sekolah dan kupon barangan basah kepada pengundi DUN Rantau di Taman Kelab Tuanku Mambau. Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat ambil tindakan," katanya.