Kebersamaan jentera pilihan raya PH, penentu kejayaan kempen

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

SEREMBAN - Kebersamaan yang ada dalam jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH), akan menentukan kejayaan kempen bagi menghadapi PRK DUN Rantau.

Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata meskipun PRK ini dikatakan sukar apabila calon PH Dr S. Streram berhadapan dengan penyandang Datuk Seri Mohamad Hasan, namun pemuafakatan jentera parti yang bertugas dan tanggungjawab masing-masing, PH yakin menang.

"(Semasa PRU14) kita tiada jentera, tiada kuasa media, tiada wang berbilion ringgit, tetapi apabila kita bersama, berniat ikhlas, bekerja keras bersama rakyat dan memperjuangkan masa depan mereka, itu sudah mencukupi.

"Kerana itu saya yakin dalam PRK Rantau ini, selagi jentera bersama, bergerak ke hadapan bersama Insya-ALLAH, walau dilihat sukar tetapi kalau niat kita ikhlas, jentera PH akan menjayakan kempen kita, ia terletak di tangan kalian semua,” katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan di majlis Santai Anak Muda di Kampung Felda Sendayan di sini, hari ini.

Katanya apa yang penting adalah untuk menunjukkan bahawa PH bersama dan bersatu dalam perjuangan ini tidak kira anak muda, warga tua tanpa mengira kaum dan sebagai satu keluarga besar PH, susah dan senang dihadapi bersama. -Bernama

Artikel Berkaitan: