Pernita terus bantu wanita dalam pelbagai bidang

Tengku Abdul Samad, Tengku Munaziah, Khairin-Nisa dan Sabarniah (tengah) merakam kenangan ketika Majlis Malam Nostalgia Merdeka Pernita di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru pada malam Jumaat.
Tengku Abdul Samad, Tengku Munaziah, Khairin-Nisa dan Sabarniah (tengah) merakam kenangan ketika Majlis Malam Nostalgia Merdeka Pernita di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru pada malam Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Wanita Bumiputra (Pernita) di negeri ini diharap dapat terus membantu wanita menerusi pelbagai bidang dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, antara perniagaan yang berpotensi untuk diceburi seperti bidang kecantikan, kesihatan dan kemahiran.

"Bagi mendapatkan peruntukan menjalankan aktiviti dan program, peruntukan daripada ahli-ahli Pernita dalam merancang aktiviti dan program sudah ada sehingga hujung tahun ini.

"Terdapat aktiviti yang sudah dilaksanakan seperti bengkel puding, aksesori wanita, tanaman cendawan, bengkel hasilkan tempe dan tauhu serta bengkel rempah ratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Nostalgia Merdeka Pernita anjuran Pernita Johor Bahru dan Pasir Gudang di Grand Blue Wave Hotel di sini pada malam Jumaat.

Hadir sama, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah Sultan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj dan anaknya, Tengku Munaziah serta Pengerusi Pernita Daerah Johor Bahru, Sabarniah Buang.

Khairin-Nisa berkata, selain itu terdapat juga program motivasi dinamakan Skuad Wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor yang memberi panduan dan tunjuk ajar untuk berdepan keganasan rumah tangga.

Mengenai makan malam berkenaan, beliau berkata, tujuannya untuk mengimbau nostalgia semasa pra kemerdekaan seperti pahlawan Melayu, Mat Kilau berjuang menentang British termasuk peranan isterinya, Yang Chik Imam Daud yang banyak membantunya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, peranan Yang Chik boleh dikaitkan dengan perjuangan gigih wanita pada zaman ini yang berkorban untuk keluarga dan perjuangan negara.

Sementara itu, Sabarniah berharap dapat menerima peruntukan daripada kerajaan negeri untuk Pernita menganjurkan aktiviti dan program sehingga hujung tahun ini bertujuan memperkasa pertubuhan berkenaan.