28 warga asing ditahan Imigresen

Muhamad Hunsi(kiri) memeriksa dokumen warga asing.
Muhamad Hunsi(kiri) memeriksa dokumen warga asing.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 28 pendatang asing dalam serbuan di karnival di sebuah dewan di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, Op Belanja yang dijalankan bermula jam 3 petang itu hasil daripada aduan orang awam mengenai tindakan vendor yang mengambil bahagian dengan karnival berkenaan yang menggaji pekerja asing tanpa mengikut saluran yang sah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya menahan 15 lelaki warga India, 11 lelaki Pakistan dan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh dan Yaman.

"Ketika serbuan dilakukan ada di antara mereka yang cuba melarikan diri namun dengan kekuatan 45 anggota yang bertugas berjaya menghalang mereka daripada meloloskan diri.

"Pemeriksaan mendapati 13 yang ditahan menyalahgunakan permit kerja dan 15 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya ketika ditemui media di lokasi serbuan.

Antara warga asing yang ditahan.
Antara warga asing yang ditahan.

Muhamad Husni berkata, pelbagai alasan yang diberikan mereka untuk mengelakkan diri daripada ditahan antaranya datang ke sini untuk membeli belah atau berjumpa kawan namun risikan dan intipan yang dilakukan sejak beberapa hari lalu mendapati mereka memang bekerja di sini.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan notis untuk memanggil majikan mereka untuk memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 45 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang untuk proses dokumentasi sebelum mereka dihantar ke depoh tahanan warga asing di Juru untuk tindakan lanjut," katanya.