Zahid boleh kembali bila-bila masa: Mohamad

Mohamad Hasan - Foto Sinar Harian Adam Amir Hamzah
Mohamad Hasan - Foto Sinar Harian Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - UMNO tidak menetapkan sebarang syarat untuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali menerajui parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu terpulang kepada Ahli Parlimen Bagan Datok itu untuk memulakan tugas bila-bila masa.

"Kalau beliau sudah berasa cukup rehat. Terpulang kepada beliau (untuk kembali bertugas). Sebab syarat-syarat beliau bercuti itu tidak ada. Jadi, kalau beliau hendak balik (terajui parti) esok pagi, terpulang,"katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di sini, hari ini.

Mohamad yang juga calon BN DUN Rantau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahid bahawa beliau tidak meletakkan tempoh tertentu untuk kembali menerajui parti.

Disember tahun lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengumumkan untuk berehat susulan beberapa kontroversi yang melanda beliau dan BN.

Sejak itu, tugas menguruskan parti dipangku Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Zahid berehat, ini hala tuju Umno...

Artikel Berkaitan: