Kerajaan digesa urus, perkasa TH

Rizam bergambar beramai-ramai pada Majlis Pertemuan Hari Keluarga Cumar di Kampung Tebuk Mufrat, di sini.
Rizam bergambar beramai-ramai pada Majlis Pertemuan Hari Keluarga Cumar di Kampung Tebuk Mufrat, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan digesa mengurus dan memperkasakan Tabung Haji berikutan agihan hibah bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus merupakan terendah dalam sejarah.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail berkata pendeposit sepatutnya menerima hibah jauh lebih tinggi seperti mana dinikmati mereka semasa pentadbiran BN.

"Sebelum ini, pendeposit menerima hibah mencecah sehingga lapan peratus dan terakhir enam peratus, namun hibah 1.25 peratus ini amat mengecewakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pertemuan Hari Keluarga Cumar di Kampung Tebuk Mufrat di sini hari ini.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata beliau bimbang sekiranya pendeposit Tabung Haji hilang keyakinan kepada institusi kewangan terunggul umat Islam di negara ini.

"Sebelum ini pendeposit yakin institusi Tabung Haji ini satu-satunya yang mampu menjamin masa depan, bukan sahaja dalam urusan menunaikan haji tetapi bagi mereka yang ingin menyimpan duit dalam akaun ini.

"Malah kita juga sebelum ini bangga apabila institusi Tabung Haji dijadikan contoh negara Islam lain di dunia ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan digesa meneliti kadar agihan terendah agar pendeposit Tabung Haji terus mempercayai kewibawaannya pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini kita dengar bermacam khabar angin yang mendakwa segala bantuan dan subisidi daripada Tabung Haji hendak dikurang dan dimansuhkan, ini sudah tentu merungsingkan pendeposit," katanya.

Rizam bergambar beramai-ramai pada Majlis Pertemuan Hari Keluarga Cumar di Kampung Tebuk Mufrat di sini.