Ibu tiga anak didakwa kes 'pukau'

Tertuduh (tengah) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas didakwa.
Tertuduh (tengah) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas didakwa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang ibu tiga anak hadir pada sebutan kali pertama di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan 'pukau' atau memperdaya seorang ibu tunggal hingga mangsa menyerahkan barangan kemas bernilai RM11,000, bulan lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh, Ellysuhana Mustapha, 37, dibuat di hadapan Majistret Mohamad Izuddin Mohd Syukri, Khamis lalu dan suri rumah itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Kamsiah Mohamed Noor, 48, dengan menyamar sebagai pegawai lantikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk memberikan bantuan zakat dan mendorong mangsa menyerahkan seutas rantai leher dan seutas gelang emas.

Kesalahan dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, di sini, pada jam 11 pagi, 26 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Lim Chooi Yi.

Kes disebut semula 24 April depan.

Artikel Berkaitan: